A Story of Coconut Milk and Grated Coconut
Coconut milk and grated coconut adalah bahan wajib untuk menyediakan nasi kerabu .. tak kiralah santan kelapa tu yang fresh ke or dari dalam kotak ke, janji nama saintifiknya ialah santan .. same goes to kelapa parut .. tak kiralah kelapa tu yang baru diparut ke or dessicated coconut, janji nama saintifiknya pun ialah kelapa parut ..
 |
| .. from akuanakpahang |
Basically, masa era mak-mak kita kelapa tu akan diparut atau dikukur dan santannya akan diperah sendiri di rumah .. memandangkan teknologi yang semakin canggih dan tahap kekreatifan orang kita sekarang dah semakin bertamadun, santan kelapa tak perlu diperah menggunakan tangan lagi .. pegi saja ke kedai dan cakap nak berapa hinggit or berapa kilo .. sama juga dengan santan dalam kotak, very easy and simple .. belajar kat obersi pun boleh masak tumis nasi kerabu tau .. TETAPI ada satu hal je yang membuatkan para pembeli santan terpaksa berkorban demi melengkapkan bahan masakan mereka .. iaitu market price yang akan naik tiap kali ada perayaan .. kalau hari biasa, sekilo fresh coconut milk harganya nam hinggit sekilo .. kalau hari yang luar biasa, sekilo harganya tujuh hinggit sekilo ..
 |
| .. from cikdurian |
So back to my story .. masa tengah beratur nak beli 2 kilos santan kelapa kat pasar tani wakaf che yeh tempoh hari, i agak surprise juga bila terpandang kelapa parut yang dah siap digoreng tersusun kemas untuk dibeli .. kalau kerisik kelapa tu memang dah common la orang jual .. ini kelapa goreng kot .. huhu .. tapi costnya agak costly juga .. mungkin diambil kira pengorbanan yang dilakukan oleh penggoreng yang tidak kenal erti jemu mengacau (credit to penggoreng kelapa) .. basically, sebiji kelapa yang diparut harganya singgit stengah .. yang i tengok tu mungkin sebiji kelapa parut yang dah digoreng dan harga jualannya tiga hinggit stengah gitu .. mahal ke ?? anda fikirkan lah sendiri dan boleh lah meninggalkan komen anda jika sudi ..
Wassalam
No comments:
Post a Comment