Thursday, November 11, 2010

Resepi Nasi Kerabu Hitam@Biru (resepi keluarga)

Nasi
Beras
1 batang serai
2 helai daun limau purut
Pewarna biru
* Masak la nasi berapa cup yang anda nak masak .. tapi jangan lupa masukkan daun limau purut, serai yang   dititik dan juga air color biru dari bunga telang @ pewarna yang bersesuaian ..


Tumis
1 kg santan kelapa
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang serai (yang dititik)
2 keping nisan gula melaka
Garam secukup rasa
* Didihkan santan terlebih dahulu sehingga naik minyak .. kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat .. kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan masak sehingga menggelegak dan pecah minyak .. kemudian masukkan serai, nisan gula melaka dan garam secukup rasa .. masak sehingga tumis sudah menjadi sedikit pekat ..


Sambal Nyior @ Kelapa
1 biji kelapa yang diparut (parut putih dan digoreng hingga garing dan sedikit perang)
5 ekor ikan selayang @ sardin (dipanggang tanpa garam dan diambil isi sahaja)
6 batang serai
1.5 inci halia
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
* Ada dua cara untuk sediakan sambal nyior samada ditumbuk menggunakan batu lesung @ dikisar guna blender .. serai dan halia dihiris kemudian ditumbuk sehingga lumat .. lepas tu masukkan bawang merah dan bawang putih, ditumbuk sehingga lumat juga  dan asingkan .. isi ikan juga ditumbuk .. kemudian masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa yang dah siap digoreng .. jangan lupa masukkan garam, gula serta serbuk lada hitam dan gaul kesemuanya sehingga sebati .. 


Budu
1 botol budu (tak kisah la brand apa pun)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 keping nisan gula melaka
2 hiris halia dan lengkuas 
Setengah cawan air
* Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan didihkan sehingga menggelegak .. make sure gunakan api yang kecil ..


Air lada
2 genggam cili padi
1 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka makan
Setengah cawan air masak
Garam dan gula secukup rasa
* Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar sehingga lumat .. 


Kerabu @ Ulam-ulaman
Taugeh
1 batang timun
2 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
15 batang kacang panjang
2 ikat daun serai kayu @ daun salam
* Hiris nipis-nipis kesemua kerabu di atas (kecuali taugeh ye ;P) .. hidangkan secara berasingan di dalam pinggan yang sama (kadang-kadang ada juga orang yang tak makan taugeh)


............::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::.............


Seperti yang anda semua sedia maklum, nasi kerabu takkan lengkap kalau tak ada keropok dan telur jeruk @ masin .. kalau nak lagi terangkat, anda boleh masak ayam @ ikan percik, daging @ ayam panggang, ikan goreng tepung, ikan kering goreng ataupun paling simple is ayam goreng berempah, hehehe ... 

No comments:

Post a Comment